Jumaat, 24 Oktober 2008

Koleksi #2 : Baju kurung moden, hijau

Hi semua!


Baju yg ni, emmi buatkan pulak untuk sepupu emmi tu bertandang ke pihak sebelah. Diorang nak warna hijau, so pattern lebih kurang macam koleksi #1 tu. Oleh sebab baju ini direka untuk dipakai dengan tudung, bahagian leher tak emmi sentuh apa². Lain kali emmi masukkan pulak baju mak datin hehe...
Ada yg tanya berapa lama nak buat, ni masa koleksi awal² dulu dalam seminggu jugak untuk sepasang, tengok kompleksiti designnya lah... makin lama akin mahir ;) , laju la sikit

Jenis baju : Baju Kurung Moden
Warna : Hijau Pisang
Kegunaan: Majlis Kahwin
Hiasan : Manik di tangan dan hadapan, ditatah diatas corak asal bunga dan daun menjalar pada kain dan kerawang dengan manik berwarna hijau, dan merah, juga ada sedikit labuci. disebabkan warna hijau agak terhad untuk kita gunakan warna manik yg lain, so emmi follow ape je yg ade.. tak pernah pulak exzperiment dengan kaler lain.

Gambar penuh, dipakai dengan kain poros sama warna




Bahagian tangan





Khamis, 16 Oktober 2008

Koleksi #1 : Baju kurung

OK! seperti dijanjikan, emmi paparkan baju pertama rekaan manik yang pernah emmi jahit, khas untuk sepupu emmi pakai semasa menyempurnakan majlis akad nikahnya


Jenis baju : Baju Kurung Moden
Warna : Putih/Cream
Kegunaan: Majlis Pernikahan
Hiasan : Manik di tangan dan hadapan, ditatah diatas corak asal bunga dan daun menjalar pada kain dan kerawang dengan manik berwarna emas, caramel dan gelap memberikan nada dan tema kepada warna asal yang lebih poros. Corak bunga pada baju kurung ini juga telah diserlah dan dihidupkan melalui teknik jahitan manik menggunakan ketiga-tiga warna tersebut



Gambar penuh


close-up jahitan manik di bahagian tangan


close-up jahitan manik di bahagian bawah

Apa pendapat anda! Mungkin anda ada idea untuk rekaan manik bagi kain putih dan polos, kongsikan bersama... ;)

Ahad, 12 Oktober 2008

1st Entry

Salam buat semua...

1st post dari emmi ;)

Tujuan blog ni - simple saja... Emmi nak kongsi hasil kerja tangan emmi dengan semua... emmi mahir dalam jahitan, tapi emmi specialise dalam jahitan manik. Ya, manik atau cakap omputih - beads. Jangan tersalah anggap, manik ni kalau kena gayanya dapat menaikkan seri baju anda, baju simple mimple yang beli bundle kat kedai, boleh dihidupkan dengan jahitan manik yg kena temanya... Emmi akan tunjukkan contoh²nya... anda nilaikan ;)

Biasanya jahitan manik dibuat utk baju kawen/tunang, baju utk pegi function, dan juga baju utk hari² istimewa. Semuanya disesuaikan dengan teknik jahitan, design manik dan juga bilangan manik (sarat/simple) dan juga tambahan lain seperti batu, kristal dll...

sekian dulu buat kali ini, jumpa lagi... adios