OK! seperti dijanjikan, emmi paparkan baju pertama rekaan manik yang pernah emmi jahit, khas untuk sepupu emmi pakai semasa menyempurnakan majlis akad nikahnya
Jenis baju : Baju Kurung Moden
Warna : Putih/Cream
Kegunaan: Majlis Pernikahan
Hiasan : Manik di tangan dan hadapan, ditatah diatas corak asal bunga dan daun menjalar pada kain dan kerawang dengan manik berwarna emas, caramel dan gelap memberikan nada dan tema kepada warna asal yang lebih poros. Corak bunga pada baju kurung ini juga telah diserlah dan dihidupkan melalui teknik jahitan manik menggunakan ketiga-tiga warna tersebut

close-up jahitan manik di bahagian tangan

close-up jahitan manik di bahagian bawah
Apa pendapat anda! Mungkin anda ada idea untuk rekaan manik bagi kain putih dan polos, kongsikan bersama... ;)
3 ulasan:
gila rumit tu.. tak naik pitam ke membuat tu.. berapa ari wei..
tu la pasal, hasil seni ni kak, bole cari makan, tp perit gk nak buat...
dalam 1 minggu tu, kalu yg simple 2-3 hari iAllah boleh ;)
La.. Tak pe la.. nak cari makan kan.. akak pun camu gak.. tapi dah lama2 tu.. syok juga bila dah dpt duit xtra...
Please visit blog akak..
http://manikiringlina.blogspot.com
Catat Ulasan